Pages

Welcome to my page

Dream as if you'll live forever.. Live as if you'll die today

Wednesday, June 16, 2010

The Parents Connect 3D Pregnancy Widget

Monday, June 14, 2010

Cobaan yg bertalu2.. --Symphysis Pubis Dysfunction--

Assalamualaikum semua.. Dah lama rasanya tak berkongsi cerita kat blog ni. Hmm.. Biasalah ibu2 mngandung ni dah xlarat nak capai laptop. Skrg ni cikgu rasa dah semakin sarat. Nak jalan pun xbrapa larat. Kandungan dah masuk bulan ke 8. Macam2 dugaan dari segi fizikal dan emosi yg harus cikgu tempuhi skrg ni. Cikgu cuma mampu berdoa segala2nya akan baik2 saja.

Pada 7 Jun yg lalu, cikgu balik ke Bft pasal ada appointment di Klinik Ibu dan Anak. Tpaksalah my hubby cyg hantar and temankan gi klinik pasal cikgu dah xlarat nak drive. Macam biasala. Cikgu kena buat urine test dan darah. Syukur la kali ni urine test cikgu negative. Xmau dah kena minum air gula yg pekat giler tu. Huhu.. Pasal dah 2 kali urine test cikgu positive. Doc suspected cikgu ada diabetes pasal ada dalam keturunan cikgu. Huhu.. Harap2 xda la benda2 xelok berlaku.

Oleh kerana kandungan cikgu dah masuk 32 minggu, JM kat klinik tu pun menerangkan cikgu camana nak kira pergerakan baby. Benda ni yg cikgu excited sgt nak buat. If kurg dari 10x pergerakan dalam masa 12 jam, cikgu kena pegi ke hospital cepat2. So, setiap hari cikgu akan catat pergerakan baby mulai jam 9am-9pm. Skrg ni ke mana2 pun cikgu berkepit dgn buku klinik. Hehe..

Beberapa hari kemudian (on 10 june), cikgu rasa kesakitan yg amat sangat kat sendi pelvik. Memang dah rasa benda ni 2,3 hari sblm ni tapi xla teruk sangat. But on that day, bila cikgu bangun dari tidur, cikgu rasa sakit sangat sampai susah nak bangun dari katil. Menangis xberlagu cikgu dibuatnya. Cikgu pun trus sms kakak cikgu (dia keje fisioterapi, so mesti dia tau punya hal2 tulang ni). Dia pun trus kol cikgu n suggest cikgu amik MC n pegi klinik. Trus rasa nak gelak pun ada pasal watpe nak amk cuti sedangkan mmg tgh cuti sekolah pon. huhu.. Apada..

Dengan segera cikgu menelepon hubby cikgu. Masa tu dia tgh keja. Apa lagi, kelam kabut la dia balik rumah bila cikgu kata cikgu dah xtahan sakit. Agaknye, mesti my hubby ingat cikgu dah nak bersalin. Ehe.. Masa tu my mum in law n adik beradik in law pun ada kat rumah. Cikgu saja xnak kecoh2 bgtau dorg yg cikgu sakit n nak pegi hospital. Nanti risau plak dorg. Tapi bila my hubby dah sampai rumah, dorg agak tergezut pasal cikgu diam2 aje xbagitau tgh sakit. Trus smua skali hantar cikgu pegi wad kecemasan kat Hospital Beaufort. Agaknya msti dorg ingat cikgu dah nak bersalin. Tapi cikgu tau ni bukan bab nak bersalin ni. Due pun lama lagi. Ni cuma sakit kat sendi pelvik aje. Pasalnye sampai susah nak bergerak. Tuhan aje yg tau sakitttnyaaa!!! Tapi bila doktor dah cek, doktor cakap sendi kat pelvik tu lax gitu la. Ni disebabkan oleh imbalanced hormone yg biasala dihadapi oleh ibu2 mengandung. Tapi xsemua ibu mengandung akan dapat penyakit ni. Doktor cuma dapat bagi panadol sebagai ubat tahan sakit n suruh cikgu banyakkan berehat. Huhu.. Pasal mmg xboleh nak buat apa. Kesian.. So ini lagi satu cobaan utk cikgu semasa hamil ni.. Cikgu terpaksa redha sajala. Xtau plak sakit ni bila nye akan reda sepenuhnya. Ya Allah.. Permudahkanlah bagiku atas segala dugaanmu ini.. Amin..

P/S: Terima kasih yg tak terhingga kat suami n family in law pasal terlalu mengambil berat dan menjaga cikgu dgn baik skali. Kdg2 rasa segan sangat mcm dapat layanan VVIP. Huhu.. Sungguh terharu. Cikgu bersyukur sangat dapat suami dan family in law yg sgt2 baik hati. ;) Alhamdulillah..


Tuesday, May 25, 2010

Selamat Hari Guru!!

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua cikgu2 di seluruh dunia. Xkira la apa2 jenis guru. Guru sekolah ker, guru silat ker, guru skolah memandu ker, guru memasak ker, guru menjahit ker.. asalkan kerjanya menurunkan ilmu untuk manfaat org lain. Jasamu tetap dikenang sepanjang hayat. Semoga Tuhan sentiasa merahmati dan memurahkan rezeki insan2 ini. Amin..

GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Wednesday, May 12, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY


Sempena Hari Ibu pada 9hb Mei hari tu, cikgu nak ucapkan Happy Mother's Day kepada my beloved n the one only n the bestest mother in the world, my mum.. Puan Asmalaila Ahmad kerana melahirkan dan banyak berkorban untuk anaknye yg sorg ini dari cikgu kecil sampailah dah nak jadi ibu juga xlama lagi. Huhu.. Terharunya.. Xlama lagi cikgu la pulak yg rasa bagaimana perit jerihnya menjadi seorang ibu yang membesarkan anaknye. Huhu.. Sempena hari ibu tahun ni, cikgu sempat menghadiahkan ibu cikgu seutas jam tangan sebagai simbolik untuk mengingati masa2 indah yg pernah dihabiskan bersama sepanjang hayat ni. Semoga mumy tabah menghadapi hari2 yang mendatang. Ingatlah bahawa anak2 mummy akan sentiasa mnyokong mummy dalam apa2 pun keadaan. Semoga Allah murahkan rezeki mummy, makbulkan semua doa2 mummy, berikan kesihatan dan kebahagian kpd mummy di dunia dan akhirat. Amin... Hanya Allah saja yg mampu membalas semua jasa mummy kepada Adik ;)

Monday, April 26, 2010

Cooking with Nature

Sempena Minggu Sains dan Teknologi SMKB, satu aktiviti yang menarik perhatian cikgu ialah pertandingan Cooking with Nature (memasak menggunakan tenaga solar). Pertandingan ini telah bermula di SMKB sejak tahun lepas lagi. Peserta-peserta dikehendaki mencipta alat memasak yang boleh meninggikan suhu air didalamnya. Seronok dapat tgk murid2 cikgu bersemangat untuk menyertai pertandingan berasaskan sains dan inovasi macam ni. Dari pemerhatian cikgu, murid2 ini mempunyai kreativiti. Cumanya agak kurang pemahaman tentang konsep2 sains yang terlibat. Contohnya konsep penyerapan haba, kekonduksian, pantulan cahaya dan juga kesan rumah hijau.

1) KONSEP PENYERAPAN HABA

Objek yang berbeza menyerap haba dengan kadar yang berbeza. Sesetengah objek adalah penyerap haba yang baik manakala sesetengah lagi penyerap haba yang lemah. Secara umumnya, objek yang berwarna gelap adalah penyerap haba yang baik berbanding objek yang cerah.

2) KONSEP PANTULAN CAHAYA

Pantulan berlawanan dengan penyerapan. Selain diserap, tenaga haba juga boleh dipantulkan atau melantun pada arah yang bertentangan. Objek yang menyerap haba dengan baik adalah pemantul haba yang lemah dan sebaliknya.

3) KONSEP KONDUKSI

Haba juga boleh dipindahkan daripada suatu objek ke objek yang lain, atau dari satu molekul ke satu molekul yang lain melalui proses konduksi haba. Apabila satu molekul dipanaskan, ia mula bergerak dan bergetar dengan pantas. Dengan itu, ia memindahkan tenaga habanya ke molekul-molekul lain yang berada di sekitarnya. Sepanjang proses ini, molekul-molekul suatu objek melakukan perpindahkan haba sehingga semuanya menjadi panas.

4) KONSEP KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau yang terhasil dalam sebuah rumah hijau membolehkan suhu panas wujud di dalam rumah hijau walaupun keadaan suhu di luar adalah sejuk. Hal ini tehasil disebabkan pembalikan bahangan suria yang berlaku di dalam rumah hijau selain daripada bantuan daripada alat pemanas yang mengawal suhu dalam rumah hijau mengikut kesesuaian yang telah diprogramkan. Dalam Rumah Hijau, bumbung dan dinding kaca adalah lutsinar kepada cahaya (gelombang pendek) yang menembusi kaca lalu diserap oleh tanah, tumbuhan, dan bahan lain dalam Rumah Hijau. Tenaga yang diserap kemudian dipancar keluar sebagai gelombang infra-merah termal tetapi kaca membalikkannya dan memerangkapnya dalam rumah. Hal ini memanaskan suhu di dalam rumah hijau dan boleh dibuat dalam julat saiz yang pelbagai sama ada bersaiz pondok kecil atau bersaiz bangunan gergasi.


Cikgu rasa kalo korg faham konsep ni btul2, korang akan dapat hasilkan alat memasak solar yang lebih baik. Harap2 tahun depan korg join lagi pertandingan ni k. Chiayo2!! Bagaimanapun, tahniah cikgu ucapkan kepada semua pelajar yang telah menyertai pertandingan ini. ;D







Wednesday, April 7, 2010

Kapal Terbang Kertas..

Semalam cikgu tido lambat sebab nak cari idea apa nak buat utk aktiviti KoKum Kelab Sains & Matematik hari ni. Surf punya surf kat tenet ni, at last, cikgu dapat idea untuk buat pertandingan kapal terbang kertas. Aktiviti ni mudah dan jimat kos. Al maklum lah.. Duit kelab belum collect lagi.. So, apa yang dirancang akhirnya berjalan dengan lancar. Material yg digunakan amatlah simple. Cuma perlukan kertas dan kreativiti.

Tiga kategori yg telah dipertandingkan iaitu 1) jarak penerbangan paling jauh, 2) penerbangan tepat pada sasaran dan juga 3) model kapal terbang kertas yang paling menarik. Seronok tgk budak2 ni semangat buat model kapal terbang kertas masing2. Slepas stgh jam merekacipta kapal terbang kertas di makmal kaji hayat, kapal-kapal terbang sedia utk dilepaskan di lapangan padang sekolah. Lucu gak tgk kapal terbang yang xbrapa nak terbang ;D Tapi ada juga kapal terbang yang berjaya masuk ke sasaran.

Kesimpulannya, aktiviti kelab Sains dan Matematik telah berjaya mecapai objektif pada hari ni. :D

* Website2 tentang cara-cara membuat Kapal Terbang Kertas yg menarik untuk dilawati;
http://www.origami-kids.com/paperairplanes-1-hunters.php
http://www.amazingpaperairplanes.com/UnusualDesigns.html
http://www.airplane-collectible-best-net-resource.com/paper-airplane.html
http://www.paperplane.org/paero.htm
http://www.paper-airplane-designs.co.uk/
http://www.paperairplanes.co.uk/

Tuesday, April 6, 2010

Carpal Tunnel Syndrome

Hari ini hari yg biasa saja bagi cikgu. Masa bangun pagi tadi Tuhan saja yg tau sakitnya tangan cikgu ni. Huhu.. Susah sangat nak gerak. Bila dah jadi mcm ni cikgu rasa sedih sangat kalau cikgu xdapat sediakan sarapan untuk suami cikgu. Selalunya cikgu akan tolong suami seterika pakaian kerjanya dan buatkan sarapan pagi. Tapi hari ni cikgu xmampu buat tu smua. Sorry cyg.. huhu.. Sedihnye.. :'( Tapi cikgu tau suami cikgu memahami situasi cikgu.

Cikgu pun surf la kat tenet ni utk cari info tentang masalah 'besar' cikgu ni. Ye.. mmg masalah besar pasal hampir 80% daripada aktiviti harian cikgu terjejas akibat masalah ni. Cikgu xdapat buat kerja2 rumah, xdapat menggenggam apa2 benda dan yang paling masalah skali bila susah nak makan. Rupanya cikgu sedang menghidap Sindrom Carpal Tunnel. Sindrom yg agak biasa dihidap oleh ibu2 mengandung. Dua kali dgr mcm sindrom karpal singh la plak. ehe..

SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan. Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.

Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

1. Kebas – pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2. Kesakitan – yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.

P/S: Syukurlah kalau lepas bersalin nanti sindrom ni hilang.. Inilah namanya cobaan..... ;)