Salam kpd smua. Syukur la skrg dah 19 hari slps slamat melahirkan puteri sulung kami yg diberi nama Dg Ku Qaisara Alisha bt Ag. Ku Mohd Fariezzan. Panjang namanya kan? Hehe.. Nama tu bermaksud 'Permaisuri yang dilindungi Tuhan'. Mula2 cikgu suka nak bg nama yg pendek2 je. Tapi bila daddynye dah pilih nama tu, n tgk maksudnya bagus, so.. cikgu pun setuju aje. Yg penting nama tu ada maksud yg baik. Dak gitu? ehe.. Smoga baby sara akan dipanjangkan umur dalam iman dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin...
Bila mengenangkan kesakitan dan kepayahan melahirkan, bukan senang rupanya. Mmg sakit, sesakit sakitnya lah! Boleh dikatakan inilah kesakitan yg paling sakit pernah cikgu alami spanjang hidup cikgu ni. Sampai skrg cikgu xboleh lupa. Rasanya sampai seumur hidup pun xkan lupa. Tapi xla sampai membantutkan keinginan utk menambah lagi. Hehe.. Mcm tu punya seksa rupanya ibu kita melahirkan kita. huhu.. Insaf2.. Bayangkan la cikgu masuk wad bersalin lebih kurg jam 3 pagi pada 29 Julai, tapi pkl 7.10 pagi 30 Julai baru la cikgu bersalin. Sehari lebih juga la kat hospital.
Syukurla husband cikgu dah daftar utk Father Friendly. So, dapatla husband cikgu menemankan cikgu di labour room. Cikgu masuk labour room lebih kurg pada 2.30 pagi 30 Julai slps rasa contraction yg panjang. Xtahan sgt2 dah. Dah la dok dalam wad VIP tu sorg2 plak. Seram sejuk je rasa. Rasa nak cepat2 la bersalin masa tu. Bila dah kena sorong masuk dalam labour room, husband cikgu pun dipanggil utk masuk. Dia la yg bagi semangat n tolong urutkan pinggang cikgu yg rsanya mcm nak roboh. Kalo xda husband cikgu kat situ, xtau la camana nak handle.. huhu.. Hampir 5 jam cikgu menahan contraction yg sgt dahsyat. Rasanya macam nyawa kat hujung tanduk dah. Sampai doktor bagi cikgu sedut oksigen utk tahan sakit. Tapi cikgu rasa sakit tu tetap kuat walaupun sedut benda tu. Cuma cikgu jadi cam diawang-awangan gitu cam org mabuk. Huhu.. Kdg2 cikgu plak yg kesian ngan husband cikgu yg dah xkeruan tgk keadaan cikgu time tu.

Bila dah 4 jam dalam labour room, cikgu rasa dah xtahan sgt. Dah meracau2 kesakitan dan xberhenti2 berdoa supaya cepat2 la baby kluar. Doktor sampai marah2 suruh cikgu tahan lagi 3 jam pasal bukaan masih 7cm. Waduh!! Lagi 3 jam rasanya cikgu dah nak give up dah. Xtau camana lg nak menanggung sakit yg maha dahsyat tu. Tetiba cikgu teringat kakak cikgu pernah ajar cara streching utk mempercepatkan bukaan pintu rahim. Xlama je pas tu bukaan dah cukup 10cm. Kalau la awal2 lagi teringat nak buat streching tu, dah lama dah bersalin kot. Huhu.. Tepat jam 7.10pagi tu, slamat la segala2nya yg ditanggung slama 9 bulan lebih ni. Xhenti2 cikgu mengucapkan kesyukuran dan memuji kebesaran Allah.
Syukur sgt2 doa cikgu sblm ni dimakbulkan utk menyambut hari kelahiran yang sama dgn cikgu pada 30 Julai. Pada usia cikgu 25 tahun, baby pun lahir.. dan akan menyambut bday sama ngan mummynya setiap tahun. Alhamdulillah.. Syukur ya ALLAH! Terima kasih kerana memberi hadiah yg plg bermakna buatku pada tahun ini. ;)