Pages

Welcome to my page

Dream as if you'll live forever.. Live as if you'll die today

Monday, April 26, 2010

Cooking with Nature

Sempena Minggu Sains dan Teknologi SMKB, satu aktiviti yang menarik perhatian cikgu ialah pertandingan Cooking with Nature (memasak menggunakan tenaga solar). Pertandingan ini telah bermula di SMKB sejak tahun lepas lagi. Peserta-peserta dikehendaki mencipta alat memasak yang boleh meninggikan suhu air didalamnya. Seronok dapat tgk murid2 cikgu bersemangat untuk menyertai pertandingan berasaskan sains dan inovasi macam ni. Dari pemerhatian cikgu, murid2 ini mempunyai kreativiti. Cumanya agak kurang pemahaman tentang konsep2 sains yang terlibat. Contohnya konsep penyerapan haba, kekonduksian, pantulan cahaya dan juga kesan rumah hijau.

1) KONSEP PENYERAPAN HABA

Objek yang berbeza menyerap haba dengan kadar yang berbeza. Sesetengah objek adalah penyerap haba yang baik manakala sesetengah lagi penyerap haba yang lemah. Secara umumnya, objek yang berwarna gelap adalah penyerap haba yang baik berbanding objek yang cerah.

2) KONSEP PANTULAN CAHAYA

Pantulan berlawanan dengan penyerapan. Selain diserap, tenaga haba juga boleh dipantulkan atau melantun pada arah yang bertentangan. Objek yang menyerap haba dengan baik adalah pemantul haba yang lemah dan sebaliknya.

3) KONSEP KONDUKSI

Haba juga boleh dipindahkan daripada suatu objek ke objek yang lain, atau dari satu molekul ke satu molekul yang lain melalui proses konduksi haba. Apabila satu molekul dipanaskan, ia mula bergerak dan bergetar dengan pantas. Dengan itu, ia memindahkan tenaga habanya ke molekul-molekul lain yang berada di sekitarnya. Sepanjang proses ini, molekul-molekul suatu objek melakukan perpindahkan haba sehingga semuanya menjadi panas.

4) KONSEP KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau yang terhasil dalam sebuah rumah hijau membolehkan suhu panas wujud di dalam rumah hijau walaupun keadaan suhu di luar adalah sejuk. Hal ini tehasil disebabkan pembalikan bahangan suria yang berlaku di dalam rumah hijau selain daripada bantuan daripada alat pemanas yang mengawal suhu dalam rumah hijau mengikut kesesuaian yang telah diprogramkan. Dalam Rumah Hijau, bumbung dan dinding kaca adalah lutsinar kepada cahaya (gelombang pendek) yang menembusi kaca lalu diserap oleh tanah, tumbuhan, dan bahan lain dalam Rumah Hijau. Tenaga yang diserap kemudian dipancar keluar sebagai gelombang infra-merah termal tetapi kaca membalikkannya dan memerangkapnya dalam rumah. Hal ini memanaskan suhu di dalam rumah hijau dan boleh dibuat dalam julat saiz yang pelbagai sama ada bersaiz pondok kecil atau bersaiz bangunan gergasi.


Cikgu rasa kalo korg faham konsep ni btul2, korang akan dapat hasilkan alat memasak solar yang lebih baik. Harap2 tahun depan korg join lagi pertandingan ni k. Chiayo2!! Bagaimanapun, tahniah cikgu ucapkan kepada semua pelajar yang telah menyertai pertandingan ini. ;D