Pages

Welcome to my page

Dream as if you'll live forever.. Live as if you'll die today

Wednesday, April 7, 2010

Kapal Terbang Kertas..

Semalam cikgu tido lambat sebab nak cari idea apa nak buat utk aktiviti KoKum Kelab Sains & Matematik hari ni. Surf punya surf kat tenet ni, at last, cikgu dapat idea untuk buat pertandingan kapal terbang kertas. Aktiviti ni mudah dan jimat kos. Al maklum lah.. Duit kelab belum collect lagi.. So, apa yang dirancang akhirnya berjalan dengan lancar. Material yg digunakan amatlah simple. Cuma perlukan kertas dan kreativiti.

Tiga kategori yg telah dipertandingkan iaitu 1) jarak penerbangan paling jauh, 2) penerbangan tepat pada sasaran dan juga 3) model kapal terbang kertas yang paling menarik. Seronok tgk budak2 ni semangat buat model kapal terbang kertas masing2. Slepas stgh jam merekacipta kapal terbang kertas di makmal kaji hayat, kapal-kapal terbang sedia utk dilepaskan di lapangan padang sekolah. Lucu gak tgk kapal terbang yang xbrapa nak terbang ;D Tapi ada juga kapal terbang yang berjaya masuk ke sasaran.

Kesimpulannya, aktiviti kelab Sains dan Matematik telah berjaya mecapai objektif pada hari ni. :D

* Website2 tentang cara-cara membuat Kapal Terbang Kertas yg menarik untuk dilawati;
http://www.origami-kids.com/paperairplanes-1-hunters.php
http://www.amazingpaperairplanes.com/UnusualDesigns.html
http://www.airplane-collectible-best-net-resource.com/paper-airplane.html
http://www.paperplane.org/paero.htm
http://www.paper-airplane-designs.co.uk/
http://www.paperairplanes.co.uk/

4 comments: