Pages

Welcome to my page

Dream as if you'll live forever.. Live as if you'll die today

Monday, June 14, 2010

Cobaan yg bertalu2.. --Symphysis Pubis Dysfunction--

Assalamualaikum semua.. Dah lama rasanya tak berkongsi cerita kat blog ni. Hmm.. Biasalah ibu2 mngandung ni dah xlarat nak capai laptop. Skrg ni cikgu rasa dah semakin sarat. Nak jalan pun xbrapa larat. Kandungan dah masuk bulan ke 8. Macam2 dugaan dari segi fizikal dan emosi yg harus cikgu tempuhi skrg ni. Cikgu cuma mampu berdoa segala2nya akan baik2 saja.

Pada 7 Jun yg lalu, cikgu balik ke Bft pasal ada appointment di Klinik Ibu dan Anak. Tpaksalah my hubby cyg hantar and temankan gi klinik pasal cikgu dah xlarat nak drive. Macam biasala. Cikgu kena buat urine test dan darah. Syukur la kali ni urine test cikgu negative. Xmau dah kena minum air gula yg pekat giler tu. Huhu.. Pasal dah 2 kali urine test cikgu positive. Doc suspected cikgu ada diabetes pasal ada dalam keturunan cikgu. Huhu.. Harap2 xda la benda2 xelok berlaku.

Oleh kerana kandungan cikgu dah masuk 32 minggu, JM kat klinik tu pun menerangkan cikgu camana nak kira pergerakan baby. Benda ni yg cikgu excited sgt nak buat. If kurg dari 10x pergerakan dalam masa 12 jam, cikgu kena pegi ke hospital cepat2. So, setiap hari cikgu akan catat pergerakan baby mulai jam 9am-9pm. Skrg ni ke mana2 pun cikgu berkepit dgn buku klinik. Hehe..

Beberapa hari kemudian (on 10 june), cikgu rasa kesakitan yg amat sangat kat sendi pelvik. Memang dah rasa benda ni 2,3 hari sblm ni tapi xla teruk sangat. But on that day, bila cikgu bangun dari tidur, cikgu rasa sakit sangat sampai susah nak bangun dari katil. Menangis xberlagu cikgu dibuatnya. Cikgu pun trus sms kakak cikgu (dia keje fisioterapi, so mesti dia tau punya hal2 tulang ni). Dia pun trus kol cikgu n suggest cikgu amik MC n pegi klinik. Trus rasa nak gelak pun ada pasal watpe nak amk cuti sedangkan mmg tgh cuti sekolah pon. huhu.. Apada..

Dengan segera cikgu menelepon hubby cikgu. Masa tu dia tgh keja. Apa lagi, kelam kabut la dia balik rumah bila cikgu kata cikgu dah xtahan sakit. Agaknye, mesti my hubby ingat cikgu dah nak bersalin. Ehe.. Masa tu my mum in law n adik beradik in law pun ada kat rumah. Cikgu saja xnak kecoh2 bgtau dorg yg cikgu sakit n nak pegi hospital. Nanti risau plak dorg. Tapi bila my hubby dah sampai rumah, dorg agak tergezut pasal cikgu diam2 aje xbagitau tgh sakit. Trus smua skali hantar cikgu pegi wad kecemasan kat Hospital Beaufort. Agaknya msti dorg ingat cikgu dah nak bersalin. Tapi cikgu tau ni bukan bab nak bersalin ni. Due pun lama lagi. Ni cuma sakit kat sendi pelvik aje. Pasalnye sampai susah nak bergerak. Tuhan aje yg tau sakitttnyaaa!!! Tapi bila doktor dah cek, doktor cakap sendi kat pelvik tu lax gitu la. Ni disebabkan oleh imbalanced hormone yg biasala dihadapi oleh ibu2 mengandung. Tapi xsemua ibu mengandung akan dapat penyakit ni. Doktor cuma dapat bagi panadol sebagai ubat tahan sakit n suruh cikgu banyakkan berehat. Huhu.. Pasal mmg xboleh nak buat apa. Kesian.. So ini lagi satu cobaan utk cikgu semasa hamil ni.. Cikgu terpaksa redha sajala. Xtau plak sakit ni bila nye akan reda sepenuhnya. Ya Allah.. Permudahkanlah bagiku atas segala dugaanmu ini.. Amin..

P/S: Terima kasih yg tak terhingga kat suami n family in law pasal terlalu mengambil berat dan menjaga cikgu dgn baik skali. Kdg2 rasa segan sangat mcm dapat layanan VVIP. Huhu.. Sungguh terharu. Cikgu bersyukur sangat dapat suami dan family in law yg sgt2 baik hati. ;) Alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment