Pages

Welcome to my page

Dream as if you'll live forever.. Live as if you'll die today

Wednesday, April 7, 2010

Kapal Terbang Kertas..

Semalam cikgu tido lambat sebab nak cari idea apa nak buat utk aktiviti KoKum Kelab Sains & Matematik hari ni. Surf punya surf kat tenet ni, at last, cikgu dapat idea untuk buat pertandingan kapal terbang kertas. Aktiviti ni mudah dan jimat kos. Al maklum lah.. Duit kelab belum collect lagi.. So, apa yang dirancang akhirnya berjalan dengan lancar. Material yg digunakan amatlah simple. Cuma perlukan kertas dan kreativiti.

Tiga kategori yg telah dipertandingkan iaitu 1) jarak penerbangan paling jauh, 2) penerbangan tepat pada sasaran dan juga 3) model kapal terbang kertas yang paling menarik. Seronok tgk budak2 ni semangat buat model kapal terbang kertas masing2. Slepas stgh jam merekacipta kapal terbang kertas di makmal kaji hayat, kapal-kapal terbang sedia utk dilepaskan di lapangan padang sekolah. Lucu gak tgk kapal terbang yang xbrapa nak terbang ;D Tapi ada juga kapal terbang yang berjaya masuk ke sasaran.

Kesimpulannya, aktiviti kelab Sains dan Matematik telah berjaya mecapai objektif pada hari ni. :D

* Website2 tentang cara-cara membuat Kapal Terbang Kertas yg menarik untuk dilawati;
http://www.origami-kids.com/paperairplanes-1-hunters.php
http://www.amazingpaperairplanes.com/UnusualDesigns.html
http://www.airplane-collectible-best-net-resource.com/paper-airplane.html
http://www.paperplane.org/paero.htm
http://www.paper-airplane-designs.co.uk/
http://www.paperairplanes.co.uk/

Tuesday, April 6, 2010

Carpal Tunnel Syndrome

Hari ini hari yg biasa saja bagi cikgu. Masa bangun pagi tadi Tuhan saja yg tau sakitnya tangan cikgu ni. Huhu.. Susah sangat nak gerak. Bila dah jadi mcm ni cikgu rasa sedih sangat kalau cikgu xdapat sediakan sarapan untuk suami cikgu. Selalunya cikgu akan tolong suami seterika pakaian kerjanya dan buatkan sarapan pagi. Tapi hari ni cikgu xmampu buat tu smua. Sorry cyg.. huhu.. Sedihnye.. :'( Tapi cikgu tau suami cikgu memahami situasi cikgu.

Cikgu pun surf la kat tenet ni utk cari info tentang masalah 'besar' cikgu ni. Ye.. mmg masalah besar pasal hampir 80% daripada aktiviti harian cikgu terjejas akibat masalah ni. Cikgu xdapat buat kerja2 rumah, xdapat menggenggam apa2 benda dan yang paling masalah skali bila susah nak makan. Rupanya cikgu sedang menghidap Sindrom Carpal Tunnel. Sindrom yg agak biasa dihidap oleh ibu2 mengandung. Dua kali dgr mcm sindrom karpal singh la plak. ehe..

SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan. Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.

Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

1. Kebas – pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2. Kesakitan – yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.

P/S: Syukurlah kalau lepas bersalin nanti sindrom ni hilang.. Inilah namanya cobaan..... ;)






Tuesday, March 23, 2010

Day of death..

Sepanjang perjalanan memandu seorang diri pagi ini dari kk-bft yang mengambil masa lebih kurg 2 jam, hati cikgu tidak berhenti memikirkan tentang kesedihan, perpisahan, kematian... Tiba2 air mata jatuh dengan sendirinya. Mungkin cikgu terlalu terbawa2 dengan berita kematian Yanie (Mentor) yg cikgu dgr di radio hot.fm smasa cikgu tgh memandu tu. Cikgu rasa arwah terlalu muda dan baru saja mendirikan rumahtangga. Sampai saja di bft, cikgu dapat panggilan telefon dari suami cikgu yang mengatakan bahawa sepupunya baru saja disahkan meninggal dunia akibat jangkitan di otak. Arwah juga masih muda dan baru berkahwin pada bulan disember baru2 ini; sama dengan tarikh persandingan cikgu di shah alam. Yg amat menyedihkan cikgu, arwah juga tengah mengandung beberapa bulan. Innalillahi wainnailaihi rajiun. Semoga roh-roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Sampai saat ini cikgu asyik memikirkan tentang kematian. Bagaimana jika malam ini adalah malam yg terakhir untuk cikgu berada di dunia ni. Bersediakan cikgu menghadapinya? Hmm.. cukupkan amalan buat bekalan di sana...?

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Cuba renung2kan artikel dari Harun Yahya ini..

Kebanyakan orang menghindari untuk berpikir tentang kematian. Dalam kehidupan modern ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang [dengan kematian]; mereka berpikir tentang: di mana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan besok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita pikirkan. Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak senang mendengarnya. Mereka menganggap bahwa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahwa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Tiap hari, orang-orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahwa kematian itu sedang menunggunya!

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.

Dimulai saat anda menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “selonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak seorang pun yang datang mengunjungi.

Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yang berbeza yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong. Setelah pemakaman, sebagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah: baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Berkas-berkas anda di pejabat akan dibuang. Selama tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan kepergian anda. Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima tahun kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tidak seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi anda.

Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setelah anda dimakamkan, maka bakteri-bakteri dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi dikarenakan ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad renik ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung dikarenakan tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.

Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosialisasi atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi.

Singkatnya, “longgokkan daging dan tulang” yang tadinya dapat dikenali; mengalami akhir yang menjijikkan. Di lain pihak, anda – atau lebih tepatnya, jiwa anda – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda – akan menjadi bagian dari tanah.

Ya, tetapi apa alasan semua hal ini terjadi?

Seandainya Allah ingin, tubuh ini dapat saja tidak membusuk seperti kejadian di atas. Tetapi hal ini justru menyimpan suatu pesan tersembunyi yang sangat penting

Akhir kehidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia; seharusnya menyedarkan dirinya bahwa ia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh. Dengan lain perkataan, manusia harus menyedari bahwa ia memiliki suatu eksistensi di luar tubuhnya. Selain itu, manusia harus faham akan kematian tubuhnya - yang ia cuba untuk miliki seakan-akan ia akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini -. Tubuh yang dianggapnya sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi.

Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental manusia cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingininya. Bahkan ia cenderung untuk menafikan eksistensi sesuatu yang ia hindari pertemuannya. Kecenderungan seperti ini tampak terlihat jelas sekali ketika membicarakan kematian. Hanya pemakaman atau kematian tiba-tiba keluarga dekat sajalah yang dapat mengingatkannya [akan kematian]. Kebanyakan orang melihat kematian itu jauh dari diri mereka. Asumsi yang menyatakan bahwa mereka yang mati pada saat sedang tidur atau karena kecelakaan merupakan orang lain; dan apa yang mereka [yang mati] alami tidak akan menimpa diri mereka! Semua orang berfikiran, belum saatnya mati dan mereka selalu berpikir selalu masih ada hari esok untuk hidup.

Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri mesyuarat di pejabat juga berpikiran serupa. Tidak pernah terpikirkan oleh mereka bahwa esok hari akan memberitakan kematian mereka. Sangat mungkin, selagi anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda menyelesaikan membacanya atau bahkan menghibur kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasa bahwa saat ini belum waktunya utk mati kerana masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)

Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.

p/s: Ya Allah.. jadikan kematian itu kemanisan buat diri ku. Bukan suatu yang menakutkanku.. Amin ya Rabbal Al amin

Saturday, March 13, 2010

Holiday holiday..

Ujian Mac dah abis. Yeay!! Seronoknye. Cikgu bukan seronok pasal lepas ni cuti skolah. Tapi pasal cikgu gembira bila dah abes mark kertas soalan student2 cikgu. Pasal ujian mac tahun ni ada peningkatan daripada tahun lepas. Untuk soalan Sains tingkatan 2 cikgu buat soalan yang sama gak dengan ujian mac tahun lepas. Cuma cikgu ada ubah sikit soalan subjektif tu supaya lebih 'thrill'. Xsangka majoriti student cikgu lulus dengan bergayanya ;D Syukur Alhamdulillah. Yang dapat keputusan yang xmemberangsangkan tu jangan la berputus asa. Semoga kegagalan ini menjadi iktibar. Kalau kawan2 lain boleh dapat keputusan yang bagus, kenapa kita tidak boleh kan?? Apa kurangnya diri anda? Cuba fikirkan. Why? Why? Mungkinkah anda kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran? Atau..?
Cikgu teringat zaman cikgu belajar dulu2. Masa tu cikgu bsekolah di salah sebuah asrama penuh di semenanjung Malaysia. Sebelum bermula ujian atau peperiksaan, cikgu akan menelefon ibu cikgu di sabah untuk minta restu dan doa agar cikgu dilapangkan dada dan dipermudahkan menjawab soalan. Mintalah ibu anda berdoa untuk anda, minta izin dan restu agar anda mendapat keberkatan dari doa seorang ibu. Kerana doa seorang ibu itu doa yg makbul.

Kepada semua cikgu cikgi dan student2 smua, slamat bercuti. :) Kepada cikgu Zaiton dan cikgu Sufian yang akan mengerjakan ibadah umrah waktu cuti ni, selamat menjalankan ibadah dengan sempurna. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.

p/s: Seronoknya dapat ke tanah suci. Semoga cikgu dimurahkan rezeki untuk menjejakkan kaki sekali lagi ke sana bersama keluarga dan kali ini bersama suami tercinta. Amiiinnn... ;)

Tuesday, March 9, 2010

Sedihnya ditinggalkan suami..

Hari ni hari yang sedih buat cikgu. Sebabnye.. Cikgu ditinggalkan suami tersayang selama beberapa hari sebab kena pergi berkursus di kk. Huhu.. Ntahle knapa cikgu rasa sedih sgt dari semalam. Kalau tak suami bercadang nak bertolak ke kk semalam pasal takut pagi ni terlewat bangun n terperangkap dalam 'jam' lagi. Tapi disebabkan suami cikgu dah tgk cikgu sedih sgt n nak dia bertolak pagi ni je, dia pun xjadi jalan awal. Tgk2 mmg betul sangkaan suami cikgu. Xtau apa problem alarm tu xberbunyi plak hari ni. Adeh.. Kesian my cyg terlambat lagi. Huhu.. Kalau bukan pasal cikgu yang suruh dia jalan awal pagi ni, xde la dia terlambat. Tapi cikgu rasa berat hati sangat nak bagi dia jalan semalam. Bukannya cikgu xbiasa. Sebelum ni pun suami memang slalu kena berkursus di luar daerah. Maybe keadaan cikgu sekarang yang sentiasa perlukan sokongan suami kot. Dalam keadaan yang sarat mengandung dan hormon naik turun ni, suami cikgu la orang yang paling rapat dan paling mengambil berat pasal cikgu. Kiranya suami cikgu la tulang belakang cikgu. Setiap hari kalau cikgu merengek mengadu sakit2 badan, dialah yang jadi tukang urut. Kadang2 sampai tertido2 dia mengurut cikgu. Ehe. Kadang2 cikgu suruh dia masakkan untuk cikgu. Dia akan masak walaupun xreti sangat. Saja nak uji sama ada dia sayangkan cikgu ker x. Ringkasnya suami cikgu memang baik sangat lah. Huu.. Terharunye.. Memang betul la kata orang, anak ni pengikat kasih sayang antara suami isteri. Harap my hubby sayang akan jaga diri baik2. Plz jgn nakal ok. Hehe.. I miss n love u so much sayang ;)

Monday, March 8, 2010

Renjis-renjis dipilis..

Sepasang lagi couple cikgu kat SMK Beaufort nak melangsungkan majlis perkahwinan. Syukurla.. Bertambah ramailah cikgu kat sekolah tu yang berkahwin sesama sendiri. Ehe. Bagus la gitu. Senang nak pi skolah. Boleh pegi sesama. Tak de la kecoh2 nak memohon pertukaran. Selamat pengantin baru lah diucapkan kepada Suaili dan Sumarni. Sama padan, sama kiut. Ehe. Memang seswai skali. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dapat baby yg comel2 mcm parentsnya juga. Amin.. :D

Saturday, March 6, 2010

Surah-surah pilihan ibu mengandung

Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.