Pages

Welcome to my page

Dream as if you'll live forever.. Live as if you'll die today

Saturday, March 13, 2010

Holiday holiday..

Ujian Mac dah abis. Yeay!! Seronoknye. Cikgu bukan seronok pasal lepas ni cuti skolah. Tapi pasal cikgu gembira bila dah abes mark kertas soalan student2 cikgu. Pasal ujian mac tahun ni ada peningkatan daripada tahun lepas. Untuk soalan Sains tingkatan 2 cikgu buat soalan yang sama gak dengan ujian mac tahun lepas. Cuma cikgu ada ubah sikit soalan subjektif tu supaya lebih 'thrill'. Xsangka majoriti student cikgu lulus dengan bergayanya ;D Syukur Alhamdulillah. Yang dapat keputusan yang xmemberangsangkan tu jangan la berputus asa. Semoga kegagalan ini menjadi iktibar. Kalau kawan2 lain boleh dapat keputusan yang bagus, kenapa kita tidak boleh kan?? Apa kurangnya diri anda? Cuba fikirkan. Why? Why? Mungkinkah anda kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran? Atau..?
Cikgu teringat zaman cikgu belajar dulu2. Masa tu cikgu bsekolah di salah sebuah asrama penuh di semenanjung Malaysia. Sebelum bermula ujian atau peperiksaan, cikgu akan menelefon ibu cikgu di sabah untuk minta restu dan doa agar cikgu dilapangkan dada dan dipermudahkan menjawab soalan. Mintalah ibu anda berdoa untuk anda, minta izin dan restu agar anda mendapat keberkatan dari doa seorang ibu. Kerana doa seorang ibu itu doa yg makbul.

Kepada semua cikgu cikgi dan student2 smua, slamat bercuti. :) Kepada cikgu Zaiton dan cikgu Sufian yang akan mengerjakan ibadah umrah waktu cuti ni, selamat menjalankan ibadah dengan sempurna. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.

p/s: Seronoknya dapat ke tanah suci. Semoga cikgu dimurahkan rezeki untuk menjejakkan kaki sekali lagi ke sana bersama keluarga dan kali ini bersama suami tercinta. Amiiinnn... ;)